top of page

 

Semakin usia meningkat, semakin banyak jeragat akan kelihatan dan ia memang menggusarkan sesiapa sahaja. Selain rawatan di pusat kecantikan, anda juga boleh mencuba petua turun- temurun ini. Sediakan dua inci daun betik muda, segenggam beras, air dan satu inci kulit kayu manis.

Terlebih dahulu, beras perlulah direndam semalaman. Keesokannya, kisar beras itu bersama-sama daun betik serta kulit kayu manis. Setelah siap, sapu atau gosok perlahan-lahan pada seluruh wajah. Biarkan ia kering dalam 20 minit sebelum boleh dibilas dengan air suam. Semoga petua ini dapat membantu mengurangkan tompok-tompok hitam sekali gus menyerlahkan kecantikan semula jadi.

sumber: Fatimah Ahmad, www.anizyn.blogspot.com

Petua Atasi Jeragat

bottom of page