
Kompilasi Petua Lama dan Baru
Petua dan Sihat

Rahsia Kekal Ramping

Rahsia untuk kekal ramping
ramai yang ingin tampil menarik dan menawan sehingga ada di antara kita yang sanggup berhabis ratusan mahupun puluhan ribu ringgit semata-mata untuk kuruskan badan . Meskipun telah berhabis ribuan ringgit tapi masih ramai yang gagal untuk tampil dengan bentuk tubuh yang diidamkan. Ini juga telah menyebabkan kita gagal untuk mengawal perbelanjaan kita.
Di sini saya ada petua yang mampu membantu anda selain menjimatkan kos perbelanjaan.
1. Elakkan makanan ringan – Jauhkan diri anda daripada makanan ringan mahupun makanan segera terutamanya makanan yang berasakan tepung mahupun yang mempunyai kandungan gula yang tinggi. Ini kerana punca utama kegemukan adalah apabila anda gagal mengawal jumlah kalori yang diperlukan oleh tubuh.
2. Hadkan makanan yang tinggi karbohidrat – Elakkan pengambilan nasi secara berlebihan selain kentang, ubi dan seumpama dengannya . Namun, perlulah di ingatkan, makanan yang mempunyai karbohidrat tetap perlu diambil kerana tubuh badan kita tetap memerlukan karbohidrat sebagai sumber penghasilan tenaga.
3. Kurangkan sumber protein – Jumlah pengambilan makanan yang mempunyai tinggi protein seperti ikan, tauhu, tempe dan daging perlulah dikurangkan.
4. Makan banyak buah – Amalkan makan buah-buahan setiap hari kerana ia baik untuk sistem percernaan selain dapat mengawal tahap keinginan untuk makan.
5. Kurangkan pengambilan gula – Cuba kurangkan pengambilan gula dalam permakanan serta buah-buahan yang tinggi kadar fruktosanya seperti pisang, tembikai, anggur dan mangga. Fruktosa yang tinggi akan bertukar menjadi glukosa dalam darah.
6. Banyakkan minum air suam – melatih diri untuk minum air suam dalam kuantiti yang di syorkan iaitu 8 gelas air sehari. Ingat!! kurangkan pengambilan minuman berkabonat kerana ia akan mempercepatkan lagi proses kegemukan
7. Bersenam – senaman akan mempercepatkan lagi proses penurunan berat badan kerana setiap senaman yang dilakukan akan membantu tubuh membakar lemak dengan kadar yang lebih cepat. Anda hanya perlu meluangkan 30 minit hingga 1 jam untuk melakukan senaman ringan setiap hari. Jika anda tidak cukup masa, cukuplah jika anda berjalan kaki sekitar taman perumahan ataupun menaiki tangga untuk ke pejabat.
