
Kompilasi Petua Lama dan Baru
Petua dan Sihat

Petua Mengurangkan Tanda-tanda Kedut Di Wajah

Salah satu cara 'mengurangkan' kadar kekedutan supaya kedut pada wajah tidak begitu kelihataran ketara.
Bahan-bahan:
1) Lobak merah
2) Sebiji kuning telur
3) Sesudu tepung jagung
Cara-cara :
Parut lobak merah (agak-agak la banyak mana untuk disatukan dengan sebiji kuning telur). Then masukkan kuning telur tersebut bersama tepung jagung. Kacaulah sehingga sebati sebelum melumurkannya ke kulit wajah. Tunggu sehingga agak kering, selepas itu barulah boleh dibilas dengan air suam-suam kuku.
Insyallah, petua ini akan membuatkan kulit muka terasa segar dan tegang.
Petua Merawat Kedut Muka
a) Bersihkan sebatang lobak merah dan kemudian parutkan lobak itu. Selepas itu, campurkan parutan lobak bersama sesudu tepung jagung dan sebiji kuning telur. Kacau hingga sebati dan oleskan pada wajah sekali sehari. Amalkan selalu.
sumber: www.naiem.blogspot.com
