
Kompilasi Petua Lama dan Baru
Petua dan Sihat

Disenaraikan antara petua-petua yang saya amalkan dekat2 bersalin..
1. Surah Yaasin
Surah Yaasin banyak fadilatnya.. antaranya Rasulullah SAW bersabda,”Sesiapa yang membaca Surah Yassin di permulaan hari, segala hajatnya bagi hari itu akan dipenuhi".
maka selalu berdoa agar permudahkan proses kelahiran anak, semoga mudah, cepat, licin, kurang sakit, selamatkan, sihatkan ibu dan anak..
2. Doa Nabi Yunus
لا إِلهَ إِلاَّ أَنْتَ سُبْحانَكَ إِنّى كُنْتُ مِنَ الظَّالِمينَ
“Bahawa tidak ada Tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim”
Doa yang lazim diamalkan oleh ibu yang hamil dan ketika melahirkan, tak putus2 sebut di mulut..
3. Doa mendapat anak yang soleh
Surah Ali-Imran ayat 38
رَبِّ هَبْ لِى مِن لَّدُنْكَ ذُرِّيَّةً طَيِّبَةً إِنَّكَ سَمِيعُ الدُّعَآءِ
“Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik,sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) do’a permohonan”.
4. Minum air Zam-Zam
Air zam- zam adalah air yang terbaik. Air zam-zam antara salah satu khasiatnya selain mengenyangkan ia juga mampu menyembuhkan penyakit . Berdoalah semoga proses kelahiran dipermudahkan dan licin..
5. Makan buah kurma
Kurma diangkat tinggi oleh Rasulullah saw kerana mempunyai nilai kandungan makanan yang tinggi. Kandungan gula di dalamnya telah ditukar secara semulajadi. Bermakna apabila kita memakan kurma, tenaga yang diserap tubuh adalah serta-merta. Sebaliknya gula di dalam kebanyakan buah-buahan dikenali sebagai fraktosa dan gula tebu atau gula pasir yang biasa mengandungi sukrosa tidak boleh menyerap terus dalam tubuh. Ia terpaksa dipecahkan dahulu oleh enzim sebelum bertukar menjadi glukosa lalu diserap tubuh sebagai tenaga.
Nabi Muhammad SAW bersabda:
“Berilah makanan kurma pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan, sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertaqwa (bersih hatinya)”
Nabi Muhammad SAW juga bersabda:
“Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya.”
Sumber : http://myibrah.com/khasiat-kurma-pada-ibu-mengandung
Sempat makan buah kurma sebelum masuk labour room.. once masuk labour room dah tak boleh makan apa2..
6. Minum air selawat syifa' atau bacaan ayat suci Al-Quran
7. Minyak kelapa yang ditanak
Saya baca tips ni dari blog.. katanya untuk melicinkan bayi semasa keluar nanti.. ada yang campurkan dalam air atau makanan dan ada yang terus minum.. 1 sudu setiap hari bagi wanita mengandung 8 ke 9 bulan.. Bila saya bagitau tok, tak sangka tok pun prepare untuk saya 1 botol kecil, and alhamdulillah saya boleh telan direct 1 sudu.. thanx a lot tok! :)
8. Banyak berjalan
Ketika 35 minggu ke atas, saya berjalan2 pusing keliling rumah setiap petang.. and 3 hari sebelum deliver, saya sempat shopping di Padang Besar, hehe..
9. Air petua
Teh pekat + telur ayam kampung 1 biji + 1 sudu butter / minyak kelapa + gula.. rasanya sangat sedap.. minum bila ada tanda nak bersalin..
Semua ni sekadar ikhtiar, semuanya atas izin Allah..
sumber: miss-ongy.blogspot.com
Petua Mudah Bersalin
