
Kompilasi Petua Lama dan Baru
Petua dan Sihat

Untuk penawarnya, amalkan petua ini:-
Rebus garam, air dan limau nipis yang di belah empat sehingga mendidih. Kemudian biarkannya sehingga suam dan berkumurlah sekerap yang boleh. Lakukan setiap hari sehingga sakitnya berkurangan.
Sakit Gigi Geraham Bongsu

Cara yang paling cepat untuk menghilangkan rasa sakit ialah dengan menyumbat serbuk bunga cengkih yang telah ditumbuk halus pada gigi berlubang.
Tumbuk sirih yang dicampur sedikit kapur kemudian letakkan pada gigi yang sakit. Rasa sakit akan berkurangan.
Goreng asam jawa beberapa minit. Kemudian bakar sedikit garam kasar di atas daun pisang. Tumbuk kedua-dua bahan ini sehingga halus. Kemudian tampalkan pada gigi yang sakit.
Tempelkan gigi berlubang dengan hirisan bawang putih. Kemudian dibiarkan selama 1 jam.
Rendamkan sedikit gambir dalam setengah cawan air suam. Kemudian tumbuk sehingga separuh hancur. Selepas itu masukkan gambir ini ke dalam gigi yang berlubang.
Sakit Gigi Berlubang
